Friday, December 4, 2020

Friendship

Seronok kan ada kawan? 
Kawan tempat mengadu, 
Kawan berjalan,
Kawan study sama,
Kawan nak mintak nasihat.

Tapi, semua tu tak semestinya kita akan dapat dengan 1 orang je tau. Semua orang ada frekuensi yang berbeza. Dan, menjadi seorang belajar postgrad, kita akan duduk dalam perjalanan yang sunyi, tapi kita tak akan keseorangan. 

Recapping my whole journey, aku start dengan semua kawan baru. Tak habis jari tangan pun kawan-kawan baru tu, dan kawan lama pun masing-masing tengah busy adapt fasa baru. Lepas tu, satu-satu pergi. Roommate pergi, jiran bilik pergi, kawan sama study pergi. It is a huge loss you know, lagi-lagi bila circle aku kecik je. Kawan aku pesan, "CARI KAWAN".

Dekat tengah-tengah tu, another new semester came. Juniors came along. They may looked at me as someone who can refer, but seriously, journey research ni, umur main peranan 5% je aku rasa. Selainnya, pengalaman, personaliti. Kau tak boleh cakap aku tak nak bantu kau sebab aku kedekut. Sebenarnya, aku tak boleh bantu kau sebab kau dalam journey ni sendiri. Kau dan aku serupa luar aje, dalamnya sikit pun tak sama. Aku boleh cerita apa yang aku buat, tapi kau takkan boleh ikut sebab pattern kita tak sama. Mana mungkin aku senang-senang tunjuk bila mana kau sikit pun tak mintak, apatah lagi berusaha untuk itu. 

Sekarang, aku boleh kata aku dah nampak lampu di hujung terowong. Sikit lagi nak keluar. Kawan-kawan pun, ada yang sama-sama nak habis, ada yang masih belum. Tak apa, sama-sama terus usaha.
Ada kawan aku sorang cakap camni kat aku haritu, "wah, akal nak habis dah, nanti tinggal saya sorang"

Friends, let me tell you this. We are two parallel lines who just happened to accompany each other for certain period of time and reasons. It is because we are in the same journey. I cherished all memories we had together. BUT, I won't ask you to stay in this path because we got different destinations and priorities. So, when the time comes, I'll let you off and I'll pray you won't stop creating life lines.

Bukan aku selfish tak nak teman kau sepanjang masa. Bukan jugak aku lupa kawan. Cumanya, inilah masanya untuk kita belajar berdikari, kenal diri sendiri. Ini cuma ujian untuk kita tambah kebolehan. You want to be strong, you got strength test. You passed Test A, you got test B. You passed Test B, several tests waits for you. You failed Test A, you need to repeat over and over again until you passed. There is no other way to earn strength other than finishing all set of tests.

Samalah macam kau nak pakai jubah double line, kau dapt Test SV. Lulus test SV, kau dapat test kawan-kawan. Lulus tu, kau dapat test research flow + kewangan. Kadang tu, research flow + SV. 

Cumanya Tuhan tu adil. Dia bagi kau test, dia bagi kau talian hayat jugak. Dan masing-masing kita akan dapat test sesuai diri kita. Jadi, JANGAN pulak lah kau tengok kawan sebelah dan cakap, "UNTUNGNYA DIA DAPAT GINI GINI GINI"., atau "AKU BODOH, SEBAB TU LA AKU TADE PROGRESS, LAINLAH DIA, GENIUS" Memang sampai ke sudahlah kau gagal kalau mindset kau asyik nak MEMBAAAANDING aje. Ingat kan, aku pernah share, research journey ni bukan ukur cerdik pandai, tapi ukur struggle and survival skill. Jadi, kenapa nak tengok hak orang bila mana kita ada rezeki sendiri? Bersyukur dengan rezeki yang kita ada, rasa tak cukup, usaha lagi. Buruk-burukkan orang lain tak membuat kita hebat, malah buat kita nampak hina. 

Ini perjalanan mengenal diri sendiri. Kawan-kawan itu complementary. Baik buruk kawan tu, kita jugaklah yang corakkan diri kita sendiri. 





 Ya Astagaaa... Berbelas bulan ya aku tak dapat nak akses blog ni sebab aku tukar laptop. Baca-baca balik posts bawah-bawah tu buat aku rasa macam baru sangat sambung Master. Teringat fasa kesunyian, keterasingan dan kegelapan. Zaman mempersoalkan takdir Tuhan, fasa mencari erti hidup, fasa tekana n dari rakan sebaya, banyak la yang negatif tu. Waima sampai sekarang pun ada je masa-masa yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif, cuma alhamdulillah dah pandai tapis dan urus. 

Jadi, apa yang aku dah buat sepanjang 16 bulan ni? SANGAT BANYAK.

Proposal defense done on November 2019. Pass with major correction. 

Joined e-conference to publish paper - still waiting for the publication.

Finished 2 out of my 3 analysis. 

Truthfully, I did all of that in hardship. Bukan senang ya nak siapkan tu semua. Correction yang banyak kali sampai gastrik hampir setiap hari, tertinggal research sekejap sebab excited dapat anak saudara baru, ketidakstabilan kewangan, ketidakwarasan pemikiran dan emosi.

Rancangan bertunang terpaksa tangguh sebab PKP, otak  jem tak boleh tulis paper, mengigau tiap-tiap malam, work from home for 6 months. Banyak la benda-benda yang aku irritate but need to face despite anything. You know, ada masa benda kecik pun boleh buat kita serabut sebab tak biasa, tapi bila benda besar jadi kita boleh je buat relax. 

Aku rasa aku berjaya buat semua tu sebab aku cuba cari hikmah dalam setiap yang terjadi.  Yes, aku tak lah bagus sangat dalam bersabar. Aku mengeluh, aku menangis, aku mengadu kata dah penat usaha. Bila ada masalah, aku salahkan orang pada mulanya. Tapi, prinsip aku, cukup 3x buat perkara negatif bila react unwanted situation. Then, kena cepat-cepat fikir positif. Cari hikmah. Find solution. Buat apa je untuk get back on track. Contoh, in the future, aku plan nak kurangkan lagi jadi 2x, 1x, paling seronok, tayah negatif2 dah. 

Then, letakkan kebergantungan pada Allah. I know this one is so hard when you don't even know your God. As human, we always have plan to organize our day and achieving goals, right? But HE is the best planner. Jadinya, kita dah usaha, dah ikhtiar, dah doa semoga plan kita berhasil, dah tawakkal, jadi bila plan kita tak berhasil, kita akan cepat redha. Benda ni berat tau. Kadang2 tu, bila aku rasa susah sangat nak terima hakikat, mantra aku adalah "ini cara nak turunkan ego lah ni". Tajam pun tajamlah. 

Kalau perasan, aku lagi banyak cerita yang negatif kan berbanding positif? Simply because I learn more from it :) Deep down in my heart, I really hope you won't have to face it. Sebab belum tentu reaksi aku dalam hadap dugaan ni betul, dan belum tentu kau boleh hadap semua yang aku hadap. Just count our own blessings, k. Don't worry, aku pun ada je blessings yang aku dapat. Just in case kau pun ada benda ni, say alhamdulillah, k. 

1. Masih waras berfikir untuk diri sendiri n research.
2. Ada hubungan baik dengan SVs. 3.
3. Ada kawan untuk bercerita, untuk study sama-sama, untuk membeli-belah bersama-sama.
4. Ada family.
5. Still can put food on the table.

There is a lot of reasons to smile, and lots of reason to sad. Life gives you lemon, but you got to pick your own medicine. Be responsible with your choice. 

Stay safe, everyone!