Ya Astagaaa... Berbelas bulan ya aku tak dapat nak akses blog ni sebab aku tukar laptop. Baca-baca balik posts bawah-bawah tu buat aku rasa macam baru sangat sambung Master. Teringat fasa kesunyian, keterasingan dan kegelapan. Zaman mempersoalkan takdir Tuhan, fasa mencari erti hidup, fasa tekana n dari rakan sebaya, banyak la yang negatif tu. Waima sampai sekarang pun ada je masa-masa yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif, cuma alhamdulillah dah pandai tapis dan urus.
Jadi, apa yang aku dah buat sepanjang 16 bulan ni? SANGAT BANYAK.
Proposal defense done on November 2019. Pass with major correction.
Joined e-conference to publish paper - still waiting for the publication.
Finished 2 out of my 3 analysis.
Truthfully, I did all of that in hardship. Bukan senang ya nak siapkan tu semua. Correction yang banyak kali sampai gastrik hampir setiap hari, tertinggal research sekejap sebab excited dapat anak saudara baru, ketidakstabilan kewangan, ketidakwarasan pemikiran dan emosi.
Rancangan bertunang terpaksa tangguh sebab PKP, otak jem tak boleh tulis paper, mengigau tiap-tiap malam, work from home for 6 months. Banyak la benda-benda yang aku irritate but need to face despite anything. You know, ada masa benda kecik pun boleh buat kita serabut sebab tak biasa, tapi bila benda besar jadi kita boleh je buat relax.
Aku rasa aku berjaya buat semua tu sebab aku cuba cari hikmah dalam setiap yang terjadi. Yes, aku tak lah bagus sangat dalam bersabar. Aku mengeluh, aku menangis, aku mengadu kata dah penat usaha. Bila ada masalah, aku salahkan orang pada mulanya. Tapi, prinsip aku, cukup 3x buat perkara negatif bila react unwanted situation. Then, kena cepat-cepat fikir positif. Cari hikmah. Find solution. Buat apa je untuk get back on track. Contoh, in the future, aku plan nak kurangkan lagi jadi 2x, 1x, paling seronok, tayah negatif2 dah.
Then, letakkan kebergantungan pada Allah. I know this one is so hard when you don't even know your God. As human, we always have plan to organize our day and achieving goals, right? But HE is the best planner. Jadinya, kita dah usaha, dah ikhtiar, dah doa semoga plan kita berhasil, dah tawakkal, jadi bila plan kita tak berhasil, kita akan cepat redha. Benda ni berat tau. Kadang2 tu, bila aku rasa susah sangat nak terima hakikat, mantra aku adalah "ini cara nak turunkan ego lah ni". Tajam pun tajamlah.
Kalau perasan, aku lagi banyak cerita yang negatif kan berbanding positif? Simply because I learn more from it :) Deep down in my heart, I really hope you won't have to face it. Sebab belum tentu reaksi aku dalam hadap dugaan ni betul, dan belum tentu kau boleh hadap semua yang aku hadap. Just count our own blessings, k. Don't worry, aku pun ada je blessings yang aku dapat. Just in case kau pun ada benda ni, say alhamdulillah, k.
1. Masih waras berfikir untuk diri sendiri n research.
2. Ada hubungan baik dengan SVs. 3.
3. Ada kawan untuk bercerita, untuk study sama-sama, untuk membeli-belah bersama-sama.
4. Ada family.
5. Still can put food on the table.
There is a lot of reasons to smile, and lots of reason to sad. Life gives you lemon, but you got to pick your own medicine. Be responsible with your choice.
Stay safe, everyone!
No comments:
Post a Comment