Saturday, July 27, 2019

Tepek Apa Je Kat Muka

Tajuk ni aku risau nak kupas sebab muka aku pun jarang nak ada masalah, dan tak lah seelok mana. Ada je parut chicken pox, tiny bumps, bekas monthly acne. Tapi aku rasa seronok sebab ada improvement dah dari awal tahun  haritu.

Previously, aku pernah bagitahu yang muka aku kerap naik jerawat and I'm trying to spot which products yang buat jadi camtu. Okay, bila dekat uni, aku rajinlah nak buat tu. Balik raya haritu pun (Jun), aku bawak balik semua skincare and make up kit aku. Tapi tu lah. dah sampai rumah, bukannya rajin mana nak tepek satu-satu kat muka ahaha


Jujurnya, skincare routine aku ikut keperluan, masa, tenaga dan mood. Ikut la barang apa yang aku ada time tu. And since March, ini ajelah yang aku ada. and, korang pun tahu kan, basic skincare ada 5 steps: cleansing, exfoliating, toning, moisturising, sunscreen. Noted that aku tak ad ascrub yang berkenan lagi. Dah try Wardah Lightening Facial Scrub tapi aku syak SLS dalam tu buat muka aku naik jerawat.




1. Cleanser
Aiken ni sesuai untuk kulit aku. Boleh jadi make-up remover and it can remove foundation yang aku pakai tanpa perlu cleansing oil. Haritu time balik aku tak bawak ni sebab tak travel friendly. Ada jugak aku tukar-tukar dengan Ponds (tade dalam gambar sebab tertinggal kat rumah). Tapi akak aku kata Ponds tu strong pH. Dia pakai pedih, dengan aku okay je. maybe skin barrier masing-masing tak sama.

2. Toner
Aku pakai toner Avon brightening series tutup warna opaque putih dulu, bila dah habis tu yang beli toner Safi Aloe Vera & Habbatus Sauda. Kulit aku tak sesuai dengan toner ni. Buat muka naik tiny bumps. Aku ada beli toner Simple, tapi tertinggal kat rumah.  

3. Serum
Aku tatau la ni consider as serum ke apa, tapi ni sekadar supplemen je la untuk kulit aku. Ada boleh, tade pun tak apa. Kalau siang, aku pakai ni before moisturiser. Kalau malam, aku pakai ni saja, tak pun tak pakai pape sebab siapa kisah kau dah nak tidur kan melainkan esok ada event or terlebih rajin or kulit rasa kering. Ni botol aku yang pertama sebab dapat hadiah birthday dari mak aku. Sekarang dah ada 2nd bottle tapi tak bukak lagi sebab ni pun entah bila nak habis hahaha

4. Moisturiser
Irise Moisturising Emulsion ni texture dia macam lotion. Samalah macam nama dia. Warna opaque putih. Mula-mula rasa takut nak pakai sebab takut makin berminyak bila tengahari (combination skin issue) tapi lama-lama tu daku lantakkan aje. Selagi muka aku tak naik jerawat, aku okay. Yang aku perasan, pakai moisturiser ni kena dabbing, tak boleh sapu all over the face. Kalau tak, dia jadi macam keluar habuk daki tu.



5. Sunscreen
Sebelum ni, aku pakai Sunkiller pek warna biru. Rm27.08 kat Watson. Bila dah habis, beli Biore Perfect Protect Milk SPF50+ PA+++ ni sebab baca review kata sunscreen ni sesuai untuk combination skin. Ternyata hampa sebab buat kulit aku gatal-gatal terus stop pakai. Sampai sekarang, aku tak beli sunscreen baru lagi. 


Okay. make up pulak. Make up ni pun aku pakai ikut keperluan, mood dan masa. Kalau tengah menses tu, rajin la pakai banyak-banyak sebab lama sikit pakai. Hari biasa, selalunya pergi school je, setakat duduk bilik postgrad, susah sikit aku nak rajin cuci muka banyak kali. 

So, here you go. make up ni aku akan pakai lepas setel skincare la. Aku agak offended bila ada orang yang pentingkan make up je instead of both skincare and make up sebab, dah nama pun make up - main function dia akan tolong cover up your face, temporarily. Also, makin banyak make up aku letak, makin lambat aku bersiap, makin lamabt aku pergi school, makin susah la aku nak sembahyang nanti.



1. Foundation
Foundation ni aku beli March haritu sebab nak pergi mess night A. Bila teringat balik, gigih la cari colour code yang sesuai. Berkali-kali pergi Watson nak patch test. Last-last dapat la code 310 ni. Tips yang aku amalkan bila nak beli/pakai foundation, cari la yang warna paling sama dengan kulit, and pentingkan kualiti. Kau tak nak tepek benda yang buat muka kau makin teruk weh. Sayang. Bagi aku, nak naikkan tona kecerahan kulit tu fungsi skincare (HA acid etc), bukan foundation. Aku pakai foundation bila rasa perlu macam nak masuk meeting, nak cover dark circle since aku tak ada concealer. Dalam 4 kali aku pergi dating, 2 kali je aku pakai foundation. Sebabnya, tu lah. Malas nak bawak remover. 

2. Compact Powder
Aku beli jenis ni sebab dia macam satin finishing and tahan lama bila tengok housemate aku pakai dulu. Nampak kemas. Kulit nampak flawless. Aku pakai compact powder ni kadang-kadang je untuk layer atas foundation aku (ganti loose powder - entah betul entah tidak cara aku). But since it is powder, jarang lah aku pakai compact powder semata-mata sebab aku nak elak capuk bila berpeluh.

3. Mascara
Ni pun aku beli sebab nak pergi mess night haritu. Non waterproof. Pakai cleanser je, dah boleh hilang. Aku dah kata kan aku cheapskate. Nanti ada event airmata tak boleh pakai yang ni untuk elak mata panda. Yang seronoknya, leftover dia kurang. Yang tak seronoknya, mascara ni untuk volumizing. Macam merak dah bulu mata aku kalau terlebih apply (Bulu mata aku dah banyak). Ke sebab aku tak pandai pakai tu yang buat aku rasa tak selesa. Entahlah. 

4. Contouring
3D Brow & Nose Shadow ni multipurpose. Aku ada tengok turorial pinkboxcereal, which I find so useful for beginner.  Selain contour hidung kembang aku, aku contour la pipi sikit. Acah-acah kurus. Pastu jadikan eyeshadow. Tapi aku beli ni time nak konvo dulu. Pakainya tu je la sekali. Tu pun main hentam. Time tu putus cinta, tak peduli la pasal mekap. Sekarang dah pro sikit la, thanks to the tutorial.

5. Lip
Bibir aku selalu kering dan aku suka kopek bibir. Zaman sekolah rendah dulu, aku selalu berlumba dengan kawan bibir siapa paling banyak keluar darah. Ternyata aku kalah, tapi habit tu kekal. Tu yang bibir aku tadelah pink mana. Aku rasa lipbalm and lipstick la yang paling banyak aku beli, dan paling selalu hilang. Boleh jadi misplaced, tertinggal kat mana-mana. Macam-macam la. Last-last beli baru. Macam dalam gambar ni, aku beli warna pink tu sebab nak nampak natural konon-konon effortless la 😃 Lipstick tu 24k gold lipstick code ruby in gold. Ni mak aku punya tapi aku trade dengan lip palette Wardah aku. Aku suka ni sebab dia ada shimmering tu kan so dalam masa yang sama boleh jadi blusher (jimat highlighter). Dulu aku pernah la jadikan lipstick as eyeshadow tapi aku ni jenis tak pandai pakai eyeshadow so daripada nampak macam kena tumbuk, adalah baiknya aku tinggalkan habit tu. Tapi tak tahu la lada lagi ke tak sekarang sebab dah beli lama. 

Cuma baru ni mak aku ada belanja eyebrow pencil. So far, aku suka sebab ada spoolie, senang nak sikat kening aku yang lebat ni before fill in kening. Again, aku pilih warna ni sebab warna dia paling dekat dengan warna kening aku. Aku pernah tengok 1 tutorial Pony, dia kata eyebrow ni suppose to be sama warna dengan rambut. Tapi kita kan pakai tudung so aku opt dengan tak mengubah warna kening aku. Before this aku pernah beli Wardah, aku suka colour dia, tak kelabu sangat, tak hitam sangat, senang nak apply, senang nak padam, sekali hilang tahun lepas. Mana pergi entah. 

The Face Shop Eyebrow Pencil, Code 02 Gray Brown.

Anddd,, setiap kali aku rasa tade mood nak melawa, paling nak cepat, nak travel, aku memang akan opt dengan ni. SENANG! Aku boleh apply dengan muka, badan, rambut jugak. Kenapa rambut?Sebab boleh ganti dry shampoo. Pada aku, basuh rambut tu kena fikir panjang. Nak shampoo, conditioner, nak tunggu kering lagi. Nanti kalau tak habis kering dah terus pakai tudung, kulit kepala dan rambut aku jadi makin berminyak. Rugi masa. rugi duit, rugi tenaga. Tapi aku teringin nak try Batiste. #wishlist Semoga suami aku belikan time aku berpantang nanti.





Aku pernah try compare tempoh aku bersiap pakai skincare + mekap VS skincare + talcum. Beza dia boleh jadi 15-25 minit weh. Effort kan? Haa, kalau setakat nak turun Subaidah tu, sauk tudung je la tayah beria. 

In all, aku boleh kata yang aku rasa bertuah sebab muka aku susah nak naik  jerawat besar-besar. Tapi tu tak bermakna aku take it for granted. 

  • As a girl, aku rasa perlu kenal jenis kulit masing-masing so that tahu nak beli apa yang sesuai dengan kulit. Kena jaga muka jugak sebab kita nak confront dengan orang. It can boost confidence as well. As a consumer, jangan mudah terpengaruh 100% dengan salesperson or testimoni certain product. Apa yang dia pakai, mungkin tak sesuai untuk kita. Tapi tu bukan point untuk kita condemn product orang. Sebab tu aku jarang recommend orang pasal product. masing-masing ada taste lain-lain, keperluan lain-lain. Try at your own risk. 


  • As a student, kena tahu poket masing-masing. Macam aku, keanyakannya mak aku belanja. Yang murah-murah tu beli sendiri. tapi memang jarang la nak beli yang copy ori sebab mak aku pantang benda tu semua. Mau kena sesah. 


  • As an observer, aku suka tengok orang yang yakin dengan feature sendiri. Tahu mana nak conceal, mana nak enhance. Jangan lupa selalu practice senyum depan cermin 😉


Till then.

Friday, July 26, 2019

Sindiran Halus

Remember earlier I said that i've taken care of my father for few weeks? Well, there's a story behind it. Let me share it here. Tapi bahasa campur-campur la ya. Untuk dramatic effect ahaha
Well, abah kena bisul dekat butt. Penghujung puasa tu kitorang buat tak endah sebab fikir it's only small matter and normal la orang kena bisul. Abah pun nak biar bisul tu masak sendiri. Sehari sebelum raya, dia dah start seram sejuk badan, and keep on asking my brother to check on it. Little did I know about the bisul, apatah lagi nak bertanya. Ignorant kan. 

So, our first raya was so gloomy. Tade salam-salam. 2 sisters are not home. Ibu masak soto. Abah dah siap rebus nasi impit sebelumnya. Aku pulak tak habis-habis mengemas. tapi semua senyap tak nak sebut apa-apa yang sedih. So, abah panggil kawan-kawan datang raya. Brothers keluar pergi raya, eventually aku pulak keluar ikut kawan. Balik dah dekat asar. Petang tu hujan. Lagilah semua pakat landing. Lewat petang, kitorang pergi rumah sedara. Sampai je sana, abah demam. Bila sepupu aku tanya keadaan abah (since she's a nurse), ada satu ayat dia yang buat aku tersedar. "Dahlah pakcu tu ada kencing manis."

Ya weh, aku mana tahu sangat effect dia sebab before this abah pernah je luka kat jari kaki so I thought this time should be okay also. But it was loooong time ago.

Raya keempat, kitorang pergi Tanjung Malim. Raya rumah sedara. Same incident happened. Sampai je sana, abah cari panadol. Beg ubat pun abah tak bawak. (Actually, aku  jarang gila concern pasal ubat abah). And, abah baru cakap, sejak kena bisul, abah stop makan ubat. Balik dari tanjung malim, bisul tu maybe dah masak and air bisa dia keluar. (maybe-sebab kitorang just nampak seluar abah basah) tapi semua buat tak kisah je lagi.

Lepas cuti raya dah habis, semua orang dah balik tempat kerja, adik-adik balik asrama, tinggallah berapa ketul je kat rumah. Abah time ni dah tak boleh tidur for few nights. Aku pulak yang in charge bisul abah. Lepas nampak mata bisul tu ada sampai 10, aku bagitau ibu. Ibu pun ajak la abah pergi klinik. Abah refused. Lepas sesi men-psiko, abah give up. Pergi klinik, ibu tetiba jadi proactive haha. Aku jadi observer je. Bisul abah kena belah, and dressing need to be done daily. Diabetes consultation pun ada. Point is, abah needs a nurse at home to nurse in everything he do, meds he take, food, dressing luka lagi. There comes my role. Bincang dengan ibu, aku decide extend cuti. Sv pun aku notify. Memang time tu tak fikir dah correction proposal semua.

So, konflik jadi sebab aku jarang duduk rumah dalam tempoh yang lama. Aku rasa semua aku kena buat. Mengemas, masak, kain, abah, adik-adik. Tu belum campur konflik nak masak apa, adik senyap-senyap bawak kereta, langgar kereta orang, ibu rushing pergi kerja and tade orang boleh hantar abah pergi klinik, duit medication tak cukup, macam-macam la. But then, prioriti aku abah la. Pagi cek blood sugar level, make sure dia mandi n makan, baju apa yang dia nak pakai, bawak pergi klinik untuk dressing, balik tu masak, makan. baru boleh mengemas. And these routine, buat aku cepat triggered. Entahlah, maybe penat. Tengok parents dalam keadaan tak baik, adik-adik macam tu, aku rasa tak boleh hadap. Lepas seminggu, aku pass kerja dressing dekat my bro. Even before tu, pelan-pelan aku suruh semua orang involve. Sebab aku tak larat nak picit-picit bisul tu ahaha

So, timbul rasa nak keluar rumah. Cari angin baru untuk writing. Which means, nak pergi office ibu. Aku borak-borak dengan ibu, and kitorang macam dah sesi luahan perasaan. Nasib baik ibu faham and permits aku stay kat office dia, Satu hari, aku bawak motor untuk pergi office ibu and singgah Petron untuk isi minyak. Masuk dalam untuk beratur bayar, pastu basa-basi dengan attendant tu sebab dah kenal. Dia bagitau mak dia meninggal and suruh sampaikan berita tu kat ibu. Since kitorang nak sembang panjang, aku geser tepi sebab nak bagi laluan orang belakang bayar. Tiba-tiba dia tambahkan minyak aku. Aku terkejut and cakap thanks. Dalam kepala, dok fikir aku ada kenal siapa-siapa yang pakai purdah ke kat area sini, kat mana aku ada jumpa auntie ni, kawan-kawan ibu abah ke.. Memang kerut la muka. 

Time isi minyak, auntie tu datang dekat. Aku segan sebenarnya. Dahlah pakai seluar track cengkam bawah yang bunyi gesek-gesek tu. Personally, aku rasa seluar tu 'menarik lebih perhatian'. Auntie tu tanya, aku student ke. Study kat mana. Dia doakan aku. Seriously, it touched my heart and mind. 

During lunch, aku share incident tu dengan ibu. Ibu tanya, apa yang aku dapat dari incident tu. Aku cakap aku malu. Sebab time aku luahkan perasaan dekat ibu semalam tu, aku cakap dekat ibu yang nanti kalau aku dah kerja, aku tak tahulah aku mampu hulur duit kat abah ke tak. Sebab abah tak tolong pun aku bulan-bulan, tak pernah tanya pasal studies, aku makan ke tak. So kenapa aku kena bagi dia duit bulan-bulan jugak? Bila jadi macam harini, orang luar tetiba menghulur dan mendoakan, buat aku terfikir, Orang luar boleh je menghulur, kenapa dengan family sendiri aku berkira? 

Ibu senyum. Aku diam. Monolog dalaman aku switched on. 

Semua yang jadi ada hikmah. Ada lesson yang aku kena kutip. Mungkin kali ni, lesson dia, sabar. Tak perlu tongkat langit semata-mata kau belajar lagi tinggi dari bapak kau, dari mak kau. Apa guna belajar tinggi, gaji besar, tapi adab kurang. Ya, manusia ada rasa sebal bila kena test. Tapi, tak perlu over mengeluh. Allah knows best.

Aku perasan weh, setiap kali aku mengadu, aku mengeluh, mulut aku lancang, aku decide nak jadi jahat sebab nak balas balik perbuatan orang, setiap kali tu kena tegur dengan Tuhan. Aku jadi malu dengan diri sendiri sebab playing victim, rasa bongkak konon aku la buat kerja paling banyak, paling penat, paling terluka. Padahal, semua orang ada perasaan, semua orang berusaha, semua orang buat silap. Siapa aku nak punish dia. And, walaupun aku tak faham setiap perbuatan ibu abah, aku decide untuk tutup mata, buat tak terkesan. Sebab hakikatnya, aku bukan Tuhan nak judge diorang. 

Before balik sini, aku say sorry to abah. Aku tahu dia terasa dengan aku. Bezanya, dia tak cakap je. Sebab, upbringing kita, lelaki tak boleh menangis. Tepape. Guess what, sampai ke sudah dia tak cakap apa yang dia terasa, tapi dia doakan aku berjaya. Sebak wehh.. Aku fikir, ikhlas ke tak aku jaga bapak aku ni? Dapat kutip pahala atau sia-sia? 

eheemm. 

Aku nak selit rasa syukur dekat sesiapa yang pernah doakan for my well being. Kena jentik dengan Tuhan tu mungkin hasil dari doa korang yang tak putus. Aku doakan korang sentiasa dalam keadaan harmoni sekeluarga, tak jadi macam aku yang cepat lupa diri. Buat dia yang dah pergi, aku doakan syurga balasannya sebab dah raise anak sebaik korang. Doakan jugak untuk mak ayah aku, moga diorang ada untuk tengok kejayaan kitorang adik-beradik. Moga scroll Msc aku ada embedded value. 

Selagi nyawa belum sampai rengkung, it is never too late to ask for forgiveness. And it is never too late to try.

ps. Aku tak niat nak bukak pekung tayang cerita buruk. tapi ini sebahagian dari realiti hidup yang aku terima, aku harap aku boleh belajar, and overcome.



Wednesday, July 17, 2019

Long Pause

It's July already. Two months passed after my progress report. Progress report here means a presentation which requires student to present all their progress to evaluator(s). Students may present their proposal draft if they are preparing for proposal defense, Gantt chart, questionnaires, results, etc. Just present which stage are you now. There are also students who makes progress report as pre-viva. My school require us to present progress report as pre proposal defense and pre-viva. So, at least, we have 4  presentations to do along the research journey. The evaluators are not there to judge your work whether it is right or wrong, but they are willingly to give opinions and comments as third party. So, no harm done and this will increase the chance for students to pass with minor correction.

Somehow, when students write, we are so immersed in our research and topics till a point where cannot explain it in layman's term. Or, maybe we are out of track so these evaluator will drag us back to the right path. Of course, with their experiences and talent in publication, they will help you.

In my case previously, I presented a lil bit of my chapter 1, and 3, and which phase I'm in right now. Received few comments to improve here and there. The bright side is, I'm the last presenter in that room. Bad side is, maybe they care, maybe they listened half-heartedly. I don't know. Afterall, i've present it.

I won't tackle how evaluators work. I just want to share how is my progress right now. Okay. After my progress report, I've submitted my proposal draft to my supervisor. Unfortunately, it's a major correction. I need to do again my chapter 1. at that time, it almost Raya. So, of course I go back to my hometown and berjimba like there is no tomorrow. My bad and please don't copy this. My holiday is prolonged since I need to nurse my father, and I just cannot write when I'm at home. One month is burned... just like that. Again, wrong time management.

When I came to my senses and realized I need to start writing again, I came back to UUM. I am the one who cannot live alone cause I am so careless and live in my own world. I need friends to talk to about my research and real life. The first night, I'm hungry and walked to the mall to grab a bite and go to ATM. The next day, I just realized that my ATM card is missing. It's almost 5pm so I rushed to the mall to find it. On my way to the mall, I put on my earplug and thinking what's gonna happen next? What should I do if the card is not there? Who I'm gonna call etc. Suddenly, a man came from  my back and overtook me. Of course I am surprised because I am lost in my thought at that time. After saw my reaction, this Nigerian apologies and we had small talk along the way to the ATM. Well, he also wants to go to the ATM. Upon reached, my ATM card is not there and i am doomed.

I started realized my mistake during our way back. He invited me to take another route unlike the previous one, and I agreed since it is still not dangerous but a lil bit risky. Then, he asked my routine and my phone number. Of course I said no, because I don't give my number easily. BUT HE GRABBED MY HAND AND TRY TO KNEEL DOWN BEGGING ME. Sudden reflect, I take my hand back and walk faster. and say no repeatedly. Noted that the path we took is a normal shortcut pedestrian walkway. It is normal because that is where students walk but it is risky because it is semester break now for undergraduate students so UUM is quieter than usual. Like out of 16 residential hall, only 3 is occupied. After office hour, UUM will be more quieter, and after 7pm, it's like in graveyard. So, what point am I screaming at that time? This guy is waaaay taller and bigger than me. If he can grab me, of course he can catch me easily if I run. 

The only option I can think of is saying no and walk faster. But, when I refused to give my number, he asked me to save his number. *insert palm face* I know this guy is not desperate and just trying to court me saying I am pretty, I am special because I talked with strangers, he is not dangerous because we are both Muslims and he is just a foreigner and have no power, etc but no, I've got no interest in making new friends, and I'm trying to keep my circle small, and I'm nervous. So, no, that is what I say to him.

But this man keep talking and by the time we reached in front of my hostel block, he still presenting about why I should save his contact number. I couldn't take it anymore after 30 minutes of listening, so i said, "you think yourself why I don't want to save your numbers", and walked upstairs. I've tried call my boyfriend but hmmm no, he is not answering. There are people passed us by but it's only his acquaintance and not mine :(

That weekend, I locked myself in hostel, traumatized to any black men, trying to forget the incident, and resenting my boyfriend (without him knowing because he just had no clue about what happened). Again, I couldn't write. Damn those incident.

So, here i am now, in the library, trying to overcome my last two weeks trauma since my roommate is back for a while so i got company. 

May I am blessed in this July and finish up my chapter 1 because I have had enough, stuck in this writing for almost 9 months. I've thought about my future and write down my plans (since I cannot shut down my brain easily at night) so insya Allah,  I'm gonna stick to it. Pray for me!