Tajuk ni aku risau nak kupas sebab muka aku pun jarang nak ada masalah, dan tak lah seelok mana. Ada je parut chicken pox, tiny bumps, bekas monthly acne. Tapi aku rasa seronok sebab ada improvement dah dari awal tahun haritu.
Previously, aku pernah bagitahu yang muka aku kerap naik jerawat and I'm trying to spot which products yang buat jadi camtu. Okay, bila dekat uni, aku rajinlah nak buat tu. Balik raya haritu pun (Jun), aku bawak balik semua skincare and make up kit aku. Tapi tu lah. dah sampai rumah, bukannya rajin mana nak tepek satu-satu kat muka ahaha
Jujurnya, skincare routine aku ikut keperluan, masa, tenaga dan mood. Ikut la barang apa yang aku ada time tu. And since March, ini ajelah yang aku ada. and, korang pun tahu kan, basic skincare ada 5 steps: cleansing, exfoliating, toning, moisturising, sunscreen. Noted that aku tak ad ascrub yang berkenan lagi. Dah try Wardah Lightening Facial Scrub tapi aku syak SLS dalam tu buat muka aku naik jerawat.
1. Cleanser
Aiken ni sesuai untuk kulit aku. Boleh jadi make-up remover and it can remove foundation yang aku pakai tanpa perlu cleansing oil. Haritu time balik aku tak bawak ni sebab tak travel friendly. Ada jugak aku tukar-tukar dengan Ponds (tade dalam gambar sebab tertinggal kat rumah). Tapi akak aku kata Ponds tu strong pH. Dia pakai pedih, dengan aku okay je. maybe skin barrier masing-masing tak sama.
2. Toner
Aku pakai toner Avon brightening series tutup warna opaque putih dulu, bila dah habis tu yang beli toner Safi Aloe Vera & Habbatus Sauda. Kulit aku tak sesuai dengan toner ni. Buat muka naik tiny bumps. Aku ada beli toner Simple, tapi tertinggal kat rumah.
3. Serum
Aku tatau la ni consider as serum ke apa, tapi ni sekadar supplemen je la untuk kulit aku. Ada boleh, tade pun tak apa. Kalau siang, aku pakai ni before moisturiser. Kalau malam, aku pakai ni saja, tak pun tak pakai pape sebab siapa kisah kau dah nak tidur kan melainkan esok ada event or terlebih rajin or kulit rasa kering. Ni botol aku yang pertama sebab dapat hadiah birthday dari mak aku. Sekarang dah ada 2nd bottle tapi tak bukak lagi sebab ni pun entah bila nak habis hahaha
4. Moisturiser
Irise Moisturising Emulsion ni texture dia macam lotion. Samalah macam nama dia. Warna opaque putih. Mula-mula rasa takut nak pakai sebab takut makin berminyak bila tengahari (combination skin issue) tapi lama-lama tu daku lantakkan aje. Selagi muka aku tak naik jerawat, aku okay. Yang aku perasan, pakai moisturiser ni kena dabbing, tak boleh sapu all over the face. Kalau tak, dia jadi macam keluar habuk daki tu.
5. Sunscreen
Sebelum ni, aku pakai Sunkiller pek warna biru. Rm27.08 kat Watson. Bila dah habis, beli Biore Perfect Protect Milk SPF50+ PA+++ ni sebab baca review kata sunscreen ni sesuai untuk combination skin. Ternyata hampa sebab buat kulit aku gatal-gatal terus stop pakai. Sampai sekarang, aku tak beli sunscreen baru lagi.
Okay. make up pulak. Make up ni pun aku pakai ikut keperluan, mood dan masa. Kalau tengah menses tu, rajin la pakai banyak-banyak sebab lama sikit pakai. Hari biasa, selalunya pergi school je, setakat duduk bilik postgrad, susah sikit aku nak rajin cuci muka banyak kali.
So, here you go. make up ni aku akan pakai lepas setel skincare la. Aku agak offended bila ada orang yang pentingkan make up je instead of both skincare and make up sebab, dah nama pun make up - main function dia akan tolong cover up your face, temporarily. Also, makin banyak make up aku letak, makin lambat aku bersiap, makin lamabt aku pergi school, makin susah la aku nak sembahyang nanti.
1. Foundation
Foundation ni aku beli March haritu sebab nak pergi mess night A. Bila teringat balik, gigih la cari colour code yang sesuai. Berkali-kali pergi Watson nak patch test. Last-last dapat la code 310 ni. Tips yang aku amalkan bila nak beli/pakai foundation, cari la yang warna paling sama dengan kulit, and pentingkan kualiti. Kau tak nak tepek benda yang buat muka kau makin teruk weh. Sayang. Bagi aku, nak naikkan tona kecerahan kulit tu fungsi skincare (HA acid etc), bukan foundation. Aku pakai foundation bila rasa perlu macam nak masuk meeting, nak cover dark circle since aku tak ada concealer. Dalam 4 kali aku pergi dating, 2 kali je aku pakai foundation. Sebabnya, tu lah. Malas nak bawak remover.
2. Compact Powder
Aku beli jenis ni sebab dia macam satin finishing and tahan lama bila tengok housemate aku pakai dulu. Nampak kemas. Kulit nampak flawless. Aku pakai compact powder ni kadang-kadang je untuk layer atas foundation aku (ganti loose powder - entah betul entah tidak cara aku). But since it is powder, jarang lah aku pakai compact powder semata-mata sebab aku nak elak capuk bila berpeluh.
3. Mascara
Ni pun aku beli sebab nak pergi mess night haritu. Non waterproof. Pakai cleanser je, dah boleh hilang. Aku dah kata kan aku cheapskate. Nanti ada event airmata tak boleh pakai yang ni untuk elak mata panda. Yang seronoknya, leftover dia kurang. Yang tak seronoknya, mascara ni untuk volumizing. Macam merak dah bulu mata aku kalau terlebih apply (Bulu mata aku dah banyak). Ke sebab aku tak pandai pakai tu yang buat aku rasa tak selesa. Entahlah.
4. Contouring
3D Brow & Nose Shadow ni multipurpose. Aku ada tengok turorial pinkboxcereal, which I find so useful for beginner. Selain contour hidung kembang aku, aku contour la pipi sikit. Acah-acah kurus. Pastu jadikan eyeshadow. Tapi aku beli ni time nak konvo dulu. Pakainya tu je la sekali. Tu pun main hentam. Time tu putus cinta, tak peduli la pasal mekap. Sekarang dah pro sikit la, thanks to the tutorial.
5. Lip
Bibir aku selalu kering dan aku suka kopek bibir. Zaman sekolah rendah dulu, aku selalu berlumba dengan kawan bibir siapa paling banyak keluar darah. Ternyata aku kalah, tapi habit tu kekal. Tu yang bibir aku tadelah pink mana. Aku rasa lipbalm and lipstick la yang paling banyak aku beli, dan paling selalu hilang. Boleh jadi misplaced, tertinggal kat mana-mana. Macam-macam la. Last-last beli baru. Macam dalam gambar ni, aku beli warna pink tu sebab nak nampak natural konon-konon effortless la 😃 Lipstick tu 24k gold lipstick code ruby in gold. Ni mak aku punya tapi aku trade dengan lip palette Wardah aku. Aku suka ni sebab dia ada shimmering tu kan so dalam masa yang sama boleh jadi blusher (jimat highlighter). Dulu aku pernah la jadikan lipstick as eyeshadow tapi aku ni jenis tak pandai pakai eyeshadow so daripada nampak macam kena tumbuk, adalah baiknya aku tinggalkan habit tu. Tapi tak tahu la lada lagi ke tak sekarang sebab dah beli lama.
Cuma baru ni mak aku ada belanja eyebrow pencil. So far, aku suka sebab ada spoolie, senang nak sikat kening aku yang lebat ni before fill in kening. Again, aku pilih warna ni sebab warna dia paling dekat dengan warna kening aku. Aku pernah tengok 1 tutorial Pony, dia kata eyebrow ni suppose to be sama warna dengan rambut. Tapi kita kan pakai tudung so aku opt dengan tak mengubah warna kening aku. Before this aku pernah beli Wardah, aku suka colour dia, tak kelabu sangat, tak hitam sangat, senang nak apply, senang nak padam, sekali hilang tahun lepas. Mana pergi entah.
![]() |
| The Face Shop Eyebrow Pencil, Code 02 Gray Brown. |
Anddd,, setiap kali aku rasa tade mood nak melawa, paling nak cepat, nak travel, aku memang akan opt dengan ni. SENANG! Aku boleh apply dengan muka, badan, rambut jugak. Kenapa rambut?Sebab boleh ganti dry shampoo. Pada aku, basuh rambut tu kena fikir panjang. Nak shampoo, conditioner, nak tunggu kering lagi. Nanti kalau tak habis kering dah terus pakai tudung, kulit kepala dan rambut aku jadi makin berminyak. Rugi masa. rugi duit, rugi tenaga. Tapi aku teringin nak try Batiste. #wishlist Semoga suami aku belikan time aku berpantang nanti.
Aku pernah try compare tempoh aku bersiap pakai skincare + mekap VS skincare + talcum. Beza dia boleh jadi 15-25 minit weh. Effort kan? Haa, kalau setakat nak turun Subaidah tu, sauk tudung je la tayah beria.
In all, aku boleh kata yang aku rasa bertuah sebab muka aku susah nak naik jerawat besar-besar. Tapi tu tak bermakna aku take it for granted.
- As a girl, aku rasa perlu kenal jenis kulit masing-masing so that tahu nak beli apa yang sesuai dengan kulit. Kena jaga muka jugak sebab kita nak confront dengan orang. It can boost confidence as well. As a consumer, jangan mudah terpengaruh 100% dengan salesperson or testimoni certain product. Apa yang dia pakai, mungkin tak sesuai untuk kita. Tapi tu bukan point untuk kita condemn product orang. Sebab tu aku jarang recommend orang pasal product. masing-masing ada taste lain-lain, keperluan lain-lain. Try at your own risk.
- As a student, kena tahu poket masing-masing. Macam aku, keanyakannya mak aku belanja. Yang murah-murah tu beli sendiri. tapi memang jarang la nak beli yang copy ori sebab mak aku pantang benda tu semua. Mau kena sesah.
- As an observer, aku suka tengok orang yang yakin dengan feature sendiri. Tahu mana nak conceal, mana nak enhance. Jangan lupa selalu practice senyum depan cermin 😉
Till then.





No comments:
Post a Comment